Sunday, September 12, 2010

Susah senang kita bersama...

Hari raya ke-2..Penat tenaga melayan tetamu yang hadir tapi diri ini cukup puas kerana kesudian mereka melawatku.Malah,hari ini lebih bermakna apabila salah seorang rakan ketika di sekolah menengah dahulu serta keluarga datang ke rumah..
 
Tetapi,apa yang mengejutkan,dirimu sudah tidak lagi seperti dahulu.Dirimu yang ceria,ketawa, bersama denganku ketika di sekolah menegah dahulu tidak ada lagi...keadaanmu sekarang mengejutkan aku.Adakah aku bermimpi?Adakah aku BENAR2 bermimpi?

Namun,apabila aku memegang tanganmu,aku tahu aku tidak bermimpi.Engkau tersenyum kepadaku,namun aku dapat melihat dari sinaran matamu,engkau derita.Ucapan hari raya darimu kepadaku membuatkan aku sebak.walaupun engkau sakit,kau masih mengingatiku,menyebut namaku.Sungguh aku terharu bahawa engkau mengingatiku dan sudi datang ke rumahku.Namun,apakah daya,dengan keadaanmu..senyumanmu tidak lagi seperti dahulu,ia penuh derita.Aku ingin membantu tetapi bagaimana?

Sudah berbulan-bulan engkau sakit,namun aku tidak mengetahuinya.Sahabat apakah aku ini?Walaupun kita berbual melalui telefon,dan engkau memberitahuku engkau sakit pada berbulan lepas,aku sangka engkau sudah sihat....,Maafkan aku....Aku tiada ketika kau perlukan aku.Aku tiada apabila engkau menahan penderitaan yang teramat..aku mahu menangis...sebak melihat keadaanmu..namun aku terharu Raya kali ini,engkau memelukku...

Namun,yang amat menyedihkan aku,engkau tidak dapat menjalani peperiksaan Stpm tahun ini dan ditunda kepada tahun depan disebabkan kesakitan yang engkau hadapi.Alangkah terkejutnya aku...aku tahu bagaimana tekunnya,bersungguhnya engkau dalam pelajaran..dan aku masih ingat betapa gembiranya engkau menceritakan keadaanmu ketika masuk tingkatan enam.....

Emakmu yang menceritakan keadaanmu kepadaku kelihatan sangat sebak..Sudah pasti dia tidak ingin melihat anaknya begini...sudah pasti dia ingin anknya berjaya...Sebagai ibu bapa..

Tidak banyak kita dapat bicarakan bersama,aku entah kenapa mulutku ini ingin bercakap denganmu sebanyak mungkin menceritakan itu dan ini sama dengan keadaan kita ketika di sekolah dulu,tetapi seolah tersekat.Aku tidak dapat ucapkan,aku sedih..aku ingin kongsi bersama denganmu..kesusahanmu....Waktu engkau ingin pulang,engkau memelukku..aku menjadi sebak menahan tangis,dapat aku rasakan persahabatan kita selama ini tetap utuh dalam hatimu...terima kasih sahabatku kerana mengingatiku selama ini..tidak seperti sahabat yang lain..engkau sentiasa di sisiku susah dan senang..terima kasih...

Harapanku agar engkau akan menjadi sihat semula menjalani kehidupanmu seperti biasa..aku di sini,akan menunggumu dan sentiasa di sisimu walaupun kita berjauhan..Persahabatan kita akan kekal selamanya forever n ever..terima kasih sahabatku..I LOVE U MY FRIEND..


FRIENDS FOREVER Pictures, Images and Photos

No comments:

Post a Comment