Tuesday, May 3, 2011

Ubat darah tinggi

Alkisah..


Di mana satu hari yang hening lagi mendamaikan lagi dan lagi panas yang tidak terkira..


Seorang nenek berjalan-jalan...


hajatnya ingin ke bilik cucunya...


Cucunya yang ternampak kelibatnya sedaya upaya menyembunyikan wajahnya di bawah bantal..bukan disebabkan dia malu-malu kucing akan neneknya itu tetapi kerana..


''Hah!!! Balik tak bagitahu!!!"
(jerit eh bukan,kata nenek itu apabila ternampak cucunya itu..)


Sebenarnya,cucunya di dalam rumah itu ada dua.seorang baru balik,seorang pula masih tak balik.Tetapi yang tak balik itu tiba-tiba balik tanpa khabarnya diberitahu akan nenek itu,(jahat sungguh cucu itu)..


Bersambung kepada keadaan yang mengejutkan tadi..


Menyedari akan keadaan yang telah terkantoi itu,cucu itu mengangkat muka dari bantal busuknya lalu tersenyum sampai hujung gigi.Berpura-pura tiada apa-apa..hendak cakap apa lagi,jadi  hanya mampu tersenyum sahajalah.Dia pun berjalan menghampiri neneknya itu.Masih tersenyum.


''Tahu mana satu ubat darah tinggi?'' tanya nenek itu sambil menunjukkan 2 papan ubat yang kecik-kecik gitu tersusun bentuknya.


Cucu itu merenung ubat itu.Lama.(tetapi taklah sampai sejam).Berkerut-kerut mukanya menahan memori,mengimbas masa lalu(mana tahu dia pernah melihat ubat itu),tetapi gagal.Tak mampu diingati.Maka dijawabnya..


''Entahlah..tak pernah tengok...''jawabnya penuh lembut dan sopan tetapi kuat.


''Ape?'' tanya nenek itu.Menandakan dia tidak faham..


''Entahlah..tak pernah tengok ubat tu macam mana'..''ulangnya lagi.kali nie lebih kuat.


''Ape?'' tanya nenek itu lagi.


''Entahlah..tak pernah tengok ubat tu macam mana..''Ulang cucu itu.


''Ape?'' tanya nenek itu lagi.


''Entahlah..tak pernah tengok...''jawab cucu itu ringkas dan berulang.


''Ape''? tanya lagi nenek itu.


''Tak tahu.......'' akhirnya cucu itu mengambil keputusan menjawab seringkas boleh..


''Sekolah macam mana tak tahu'' Kata nenek itu lalu terus berlalu pergi..


Cucu itu pula....dalam keadaan..


Tersentap.terkejut.tercengang..macam tak percaya apa yang dikata neneknya...dalam hatinya berkata :kalau jawab yang pakai tembak aje,nanti aku yang disalahkan..hohoh.Bermakna cucu itu perlu tambah lagi pengetahuan dalam perubatan biarpun bukan 'bidangnya'..(agaknya la)


Sekian .............


saya sayang nenek saya (tiba2)

No comments:

Post a Comment