Kadang-kadang.....
bila melihat rakan tersenyum dan bahagia.....
jujurnya,aku teringin juga..
melalui seperti dulu..
tersenyum sampai hujung gigi,ketawa sorang-sorang,dan kadang kala ketawa dalam bahagia,
Tapi..
apakah daya..
aku terasa seperti sudah tiada lagi..dalam diriku..
Hatiku mati.masih berparut..akibat kekecewaan dulu.
Perasaan takut timbul dalam hatiku.Perasaan curiga semakin kuat.
Akibatnya,aku hanya mampu menangis dalam hati.Biarpun mata ini sudah tidak mampu lagi mengalirkan air mata..huhu
Aku tidak mahu menjadi lemah.jadi,biarlah aku menangis sahaja dalam hati,sekurang-kurangnya aku menangis juga.
Setiap kali bertemu dengannya,aku yakin sudah tiada lagi perasaan itu.Tetapi,yang tinggal hanya parut yang ditinggalkan dirinya kepada ku.
Bila aku terlihat kebahagiaannya bersama orang yang dia pilih,aku terdiam.aku kaku.Dalam hati,"Oh,dia bahagia,baguslah.''Dia bahagia,tapi aku?
Kenyataannya,aku berharap dia tidak bahagia.setimpal dengan apa yg dia berikan untukku..kejamkah aku mengharapkan seperti itu?
Namun..
Hari yang pergi,maka datang pula hari baru..menjadikan aku semakin melupakan perkara itu..walaupun kadang-kala aku teringat juga,memang susah untuk melupakan,tetapi dalam diriku memikirkan,perkara yang lepas biarlah berlalu,,dan dijadikan pengajaran dalam diriku.Semoga ia tidak berulang lagi..
DAN,juga aku percaya,aku akan bertemu dengan jodoh yang diberikan dariNya untukku cepat ataupun lambat..jadi bersabarlah..moga kali itu,tiada lagi seperti ini dan jika adapun,ku anggap ujian dariNya.. :)